Followers

Monday, January 29, 2007

GETUK UBI

Selamat malam, sesiapa yg gemar dengan satu lagi kuih tradisional ini......GETUK UBI - bolehlah menikmati fotonya dan kalau nak cilok reipinya , OK gak lerrr! Mudah dan Insya'allah menjadi.



Bahan-Bahan:
2 kg ubi kayu (bersihkan dan potong kecil-kecil )
80 ml air
300 gm gula tanjung (merah)
100 gm gula pasir
1/2 sudu teh garam
1 biji kelapa parut putih
2 helai daun pandan
loyang persegi 8"x 8" (gris dgn sedikit minyak)

Cara:
1) Kukus kelapa parut dgn daun pandan dan sedikit garam.
2) Gula tanjung, gula pasir, garam dan air di masak hingga gula larut dan pekat sedikit.
3) Kukus ubi hingga empuk selama kira-kira 25-30 minit. Masukkan ke dalam bekas dan lecekkan semasa ia panas. Tuang gula sedikit-sedikit dan gaul rata. Alihkan ke dalam loyang persegi empat dan tekan hingga padat/mampat.
4) Sejukkan getuk ubi ini sebelum dipotong dan dibubuh kelapa parut.



Untuk mendapatkan Getuk Ubi yg berwarna cokelat pula, tukarkan sukatan 300 gm gula tanjung kepada gula melaka. Masaklah seperti tadi juga bersama gula pasir, garam dan air.

Friday, January 26, 2007

ORANGE AMBRESCIA CHIFFON CAKE



For those who loves orange flavour, I attached herewith the recipe for Orange Ambrescia Chiffon Cake.





ORANGE AMBRESCIA CHIFFON CAKE 
Bahan-Bahan:
6 biji kuning telur
8 biji putih telur
5 oz gula halus
5 oz tepung Softasilk (anda boleh gunakan tpg serbaguna atau Top flour)
4 oz orange squash
2 sudu teh esen orange
3 oz minyak jagung
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam halus
1/2 sudu teh vanilli
1/2 sudu teh cream of tartar
sedikit pewarna jingga

Cara:
Masukkan separuh sukatan gula (2½ oz) ke dalam mangkuk besar bersama tepung , minyak jagung, orange squash, esen orange,baking powder, garam, vanilli dan pewarna jingga. Kacau rata-rata dan kemudian masukkan kuning telur dan kacau hingga sebati. Ketepikan.

Pukul putih telur bersama cream of tartar dgn high speed dan masukkan gula sedikit- sedikit hingga habis. Pukul hingga pekat.

Tuangkan adunan tepung tadi ke dalam adunan putih telur. Kacau rata-rata dan tuangkan adunan ini ke dalam acuan kek chiffon. Bakar dgn suhu 160 - 170 darjah Celsius selama kira-kira 40 -45 minit. Setelah kek masak, keluarkan dari oven dan terbalikkan loyang kek tersebut. Biarkan hingga kek betul2 sejuk sebelum di terbalikkan semula utk dikeluarkan dan dipotong.

Sos nya (saya belum pernah cuba)
5 oz gula
15 oz air
1½ oz tpg kastad
2 sudu teh agar-agar serbuk
½ sudu teh esen orange
secukup buah peaches dan cherry

Cara:
Bancuh kastad dgn sedikit air (dari 15 oz tadi). Lebihan air dicampur dgn gula lalu di didihkan atas api. Masukkan bancuhan kastad, agar-agar dan esen orange ke dalam air gula itu dan terus kacau hingga pekat sedikit. Curahkan sos ini ke atas kek dan taburlah dgn buah peaches dan cherry.


Thursday, January 25, 2007

CHOCOLATE CAKE



Resipi kek cokelat ini telah lama ada dalam simpanan saya. Ianya diberikan kpd saya dari salah seorang rakan sekerja lebih 10 tahun yg lalu. Tapi, maaf lerr, tak bleh ingat dgn tepat siapa gerangannya. Anyway, many thanks to her for sharing this recipe with me. Kalau sesiapa yg nak cuba, silakan.

KEK COKELAT
Bahan-bahan :16 oz gula halus
16 oz mentega
10 biji kuning telur
2 biji putih telur
10 oz tepung naik sendiri }__ disatukan dan diayak
4 oz serbuk koko }
4 sudu makan susu pekat }__ disatukan dan kacau
½ gelas air (abt 180 ml }

PERATURANNYA
1. Pukul mentega bersama ½ bahagian gula.
2. Pukul ½ bahagian gula lagi bersama telur.
3. Satukan ke dua-dua adunan tadi dan kacau rata.
4. Masukkan tepung /koko dan akhir sekali susu.
5. Bakar selama 1 ½ jam .

Nota:1) Bab tepung, saya gunakan tepung serbaguna (multi-purpose flour) dan campurkan 1 sudu teh baking powder kpd tepung tu.
2) Bab air dan susu pekat, saya gunakan susu kotak dan dicampur susu pekat.
3) Saya gunakan loyang berukuran 10" x 10"


Wednesday, January 24, 2007

KEK CHIFFON PANDAN



Kek Chiffon Pandan merupakan kek pertama yg saya buat dgn jayanya. Saya hadiahkan buat rakan sedarjah yg menyambut hari lahirnya yang ke 18 tahun. Saya masih ingat lagi kek tu dipotong di dalam bilik darjah sewaktu matapelajaran bahasa Melayu. Kalau birthday girl tu tak lekas2 simpan sebahagian daripadanya, saya rasa sebiji kek tu selesai dibaham rakan2 sebelum the next lesson bermula. Here's the pic and recipe. Selamat mencuba!



KEK CHIFFON PANDAN

Bahan-bahannya
8 biji telur
8 oz gula halus8 oz tepung Softasilk/Top flour (saya gunakan multi purpose flour dari Aileen Bakery House)
3 oz pati santan (saya gunakan santan KARA dlm kotak)
2 oz air pandan (diambil dari 4 helai daun pandan yg dikisar dgn sedikit air)
1 sudu teh pandan paste
3 oz minyak jagung
½ sudu teh vanilli
½ sudu teh garam halus
½ sudu teh cream of tartar
½ sudu teh baking powder

Peraturannya:

Masukkan tepung , 4 oz gula , vanilli , garam dan baking powder ke dalam sebuah mangkuk. Kacau hingga rata. Masukkan minyak jagung , pati santan & air pandan lalu dikacau rata-rata. Masukkan kuning telur dan kacau lagi hingga sebati. Ketepikan.

Pukul putih telur dgn cream of tartar. Masukkan 4 oz gula sedikit demi sedikit dan terus pukul dgn high speed hingga naik.

Masukkan adunan tepung tadi ke dalam adunan putih telur tadi. Kacau rata hingga sebati tapi jgn terlalu lama agar tak banyak udara keluar dari adunan ini. Tuang adunan ke dalam acuan lalu dibakar hingga masak kira-kira 40-45 minit dgn suhu kira-kira 170 -180 darjah Celsius. Setelah masak, terbalikkan loyang kek chiffon ini dan biarkan begitu sehingga kek betul2 sejuk.

Nota:
1) Kalau nak ringkas, tak perlu guna air pandan. Bubuh saja 2 sudu teh pandan paste dan lebihkan santan kpd 5 oz.

2) Resipi asal menggunakan tepung Softasilk tapi ada feedback yg mengatakan tepung ini ada bahan yg terlarang (saya masih kurang pasti ttg ni)

Saturday, January 20, 2007

MUZIK- HALWA TELINGA

Selain dari bidang masakan, saya juga minat dengan muzik. Tak kiralah genre apa - asli, pop, nasyid, hip-hop, dll. Asalkan kita tak terlalai atau leka dalam melakukan tugasan kita sehari-hari OK lerr tu! Sekadar halwa telinga sekali sekala. Dewasa ini, ramai penyanyi tanah air kita yg telah melahirkan album. Di antaranya seperti Taufik Batisah (Singapore Idol 2004), Hady Mirza (Singapore Idol 2006), Eiss, Salma, Azyza, Imran Ajmain, Didicazli dan ramai lagi. Syabas! Semoga mereka semua berjaya dan mendapatkan sambutan yg menggalakkan dari penggemar muzik/peminat setempat dan juga di luar negara.

Di kesempatan ini, saya dgn besar hati ingin menyentuh mengenai seorang lagi bakat setempat yg telah menempah nama di arena senisuara setempat. Beliau yang saya maksudkan ialah NORAZELA ROSLI, Naib Juara ANUGERAH 2004. Sebagaimana yg telah diwar-warkan oleh Berita Harian/Minggu Singapura dan juga Suria Segar sebelum ini, Norazela kini muncul dengan sebuah album yang berjudul DI SINI MENANTI. Bagi memastikan mutu/kualiti yg baik utk album ini, pembikinan album Norazela (yg diterbitkan oleh Syawaluddin Kassim - err.... abg Syawal... Music please!!) telah memakan masa yg agak lama.

Saya berkesempatan menghadiri Majlis Pelancaran Album Norazela yg diadakan di Arts House, Old Parliament Lane. Album yg berjudul DI SINI MENANTI memuatkan lagu2 dari komposer2 seperti Jai (Singapura), Azmeer (Malaysia), Herman Leumani (Indonesia) dan juga ramai bakat setempat. Terdapat 9 buah lagu kesemuanya dgn title track Di Sini Aku Menanti dalam 2 versi. Kepelbagaian genre dalam album ini seperti jazz (Jatuh Cinta), pop (Hanya Dengan Lagu) dan ala-ala Timur Tengah (Pasungan Segi Tiga) memastikan agar ianya dapat menepati citarasa ramai.

Bagi mereka yg pernah menonton filem AKHIR SEBUAH IMPIAN (thn 70an dulu) anda pasti ingat dengan lagu Nasib Pengembara. Lagu yg dipopularkan oleh Emillia Contessa ini telah diberi nafas baru, baik dari segi susunan muzik mahupun cara penyampaian dari Norazela yg begitu segar dan bertenaga . Dalam lagu ini, Norazela telah berduet bersama Allahyarham Ishak Ahmat -seorang artis (pelakon/pelawak) setempat yg berbakat besar dan kini telah pulang ke rahmatullah. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh beliau, Amiin.



Sebuah lagi lagu duet, Hari Berganti pula menggabungkan Norazela bersama seorang lagi bakat setempat Didicazli. Selain itu, si cilik iaitu adik Faiz yg cute (yg baru muncul dalam rancangan hiburan tv GEMILANG) juga turut menyumbangkan suaranya dalam lagu Buat Insan Tersayang. Album Norazela kini berada di pasaran dan boleh didapati dibanyak toko2 muzik.

Yang lebih menarik lagi, bagi setiap album yg dijual, separuh daripada hasil penjualannya akan didermakan kepada PANTI ASUHAN UMMI AL-FITRAH, TANJUNG PINANG (INDONESIA). Ayuhlah, marilah kita sama2 membantu anak-anak yatim di panti asuhan tersebut, di samping menyokong artis-artis dan bakat-bakat setempat. Semoga usaha murni ini dapat menambahkan lagi pahala dan amal jariah kita, Insya'allah.

THE INVITATION




THE ALBUM COVER


DI SEKITAR MAJLIS PELANCARAN ALBUM NORAZELA

THE PERFORMANCE



THE WELL WISHERS


THE 'FAN...'


THE AUTOGRAPH SESSION


THE CUTE LITTLE FELLA (ADIK FAIZ)



THE BEST PART - MAKAN TIME
(HIGH TEA RECEPTION)
(I just managed to snap the pastries photos heheh- sedappp!!)



NAK SIKIT??
SORRY LERR, DAH HABIS!!!!

Thursday, January 18, 2007

SELAMAT MENYAMBUT MA'AL HIJRAH 1428

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah 1428 kepada semua pengunjung blog saya. Semoga kita semua diberi kesihatan dan kesejahteraan dan sentiasa berada di dalam taqwa dan iman, Insya'allah.

Monday, January 15, 2007

KUIH BAKAR KENTANG, PULUT SERUNDING/PANGGANG

Last night I while watching EPL soccer on TV, I managed to squeeze some time to bake "Kuih Bakar Kentang". Mmmm, sedap tau.... So, here's the recipe and pic.



KUIH BAKAR KENTANG

Bahan-bahan :
500 gm kentang (direbus dan lecek halus)
250 gm tepung gandum
350 gm gula pasir
3 biji telur (saiz besar)
550 ml santan pekat (saya guna yg siap sedia dlm kotak)
1/2 sudu teh vanilli
sedikit pewarna kuning
1 sudu teh garam atau secukup rasa
1 sudu makan minyak sapi

Cara:
Masukkan kentang yg telah dilecek halus ke dalam sebuah bekas. Kemudian bubuh bahan-bahan lain iaitu tepung, gula, santan, telur, vanilli, pewarna kuning, garam dan minyak sapi. Gaul rata-rata dan tapis jika perlu. Ambil satu loyang (saya gunakan loyang bulat) dan sapukan sedikit minyak di dasar dan sekelilingnya. Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar selama kira-kira 40 minit dgn suhu 200-220 darjah Celsius.

Nota : Anda boleh tukarkan bahan kentang kpd keledek.


PULUT SERUNDING/PANGGANG

Woke up early this morning to prepare Pulut Serunding & Pulut Panggang. I had prepared the Serunding the night before. One recipe uses dried shrimp/minced meat while the other uses fish as the main ingredient. Here are the recipes.



PULUT SERUNDING
Bahan-bahan :
1 biji kelapa putih (diparut) – atau beli jer yg dah parut.
200 gm daging cincang (cuci dan toskan)

Bahan Kisar
2 sudu makan udang kering (direndam)
2 batang serai
1½ cm lengkuas
1 biji bawang besar
5 ulas bawang kecil (merah)
4 ulas bawang putih
3 sudu makan ketumbar
1 sudu makan jintan halus
1 sudu makan jintan kasar
12 batang cili kering
1 sudu teh serbuk kunyit
(Kisar semua bahan di atas hingga halus)

5-6 sudu makan gula timbang (hitam)/gula melaka (atau secukup rasa)
1 sudu makan air asam pekat
garam secukup rasa
beberapa helai daun limau purut
minyak utk menumis

600 gm pulut
secukup santan pekat (dari 1/2 biji kelapa) - boleh gunakan santan kotak
garam secukup rasa
daun pandan (disimpul)

Cara:
1) Kelapa parut disangai sebentar hingga kekuningan sedikit. Ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan kisar sehingga garing dan naik baunya. Kemudian, masukkan daging cincang dan dibiarkan sebentar. Sesudah itu, masukkan gula, air asam, garam dan daun limau purut dan terus kacau hingga rencah pekat sedikit. Akhir sekali, masukkan kelapa. Kacau rata-rata dan sesuaikan rasanya mengikut citarasa anda.Tambahlah apa-apa yang perlu.

2) Sukat pulut di dalam sebuah mangkuk. Gunakan mangkuk yg sama utk menyukat santannya. Kemudian rendam pulut sebentar (kira-kira 10 minit ) dan toskan. Sediakan kukusan dan biarkan hingga airnya mendidih. Masukkan pulut tadi bersama santan pekat dan garam ke dalam sebuah loyang lalu bubuhkan daun pandan. Masak hingga pulut tanak (kira-kira 25 - 30 minit). Sejukkan sebentar.

3) Ambil sedikit pulut tadi dan kepal-kepalkan menjadi bebola yg sederhana besarnya. Golekkan ke dalam serunding dan alihkan ke dalam sebuah bekas/pinggan. Buat begini hingga selesai kesemua pulut tadi. Taburkan lebihan serunding ke atasnya.




PULUT PANGGANG

Bahan-bahan :
200 gm (½ biji) kelapa putih (diparut kasar) atau beli jer yg dah parut!
500 gm isi ikan (tenggiri, parang, kembong atau yg lain)

atau
400 gm (1 biji) kelapa putih parut
200 gm udang kering (direndam dan tumbuk/kisar halus)

Bahan Kisar
3 batang serai
1½ cm lengkuas
½ cm halia
2 biji bawang besar
6 ulas bawang kecil (merah)
6 ulas bawang putih
3 sudu makan ketumbar
1 sudu makan jintan halus
1 sudu makan jintan kasar
3 sudu makan cili kering kisar
1 sudu teh lada putih serbuk
½ sudu teh kunyit serbuk
( Semua bahan di atas dikisar halus )

5 - 6 sudu makan gula pasir (atau secukup rasa)
1 sudu makan air asam (atau secukup rasa)
garam secukup rasa
1 helai daun kunyit (dihiris halus)
sedikit daun limau purut
secukup minyak utk menumis (abt 2 senduk besar)

600 gm pulut
secukup santan pekat
garam secukup rasa
daun pandan (disimpul)
daun pisang secukupnya -dilayukan (saiznya dipotong ikut citarasa anda)

Cara:
1) Kelapa parut disangai sebentar hingga kekuningan sedikit. Ikan dikukus dan ambil isinya lalu dihancurkan sedikit. Ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan kisar sehingga garing dan naik baunya. Masukkan gula, air asam, garam, daun kunyit dan daun limau purut. Kacau sebentar lalu masukkan kelapa dan isi ikan tadi. Sesuaikan rasanya dan tambahkan apa-apa yg kurang jika perlu.

2) Sukat pulut di dalam sebuah mangkuk. Gunakan mangkuk yg sama utk menyukat santannya. Kemudian rendam pulut sebentar (kira-kira 10 minit ) dan toskan. Sediakan kukusan dan biarkan hingga airnya mendidih. Masukkan pulut tadi bersama santan pekat dan garam ke dalam sebuah loyang lalu bubuhkan daun pandan. Masak hingga pulut tanak (kira-kira 25 - 30 minit). Sejukkan sebentar.

3) Ambil sehelai daun pisang dan bubuh sedikit pulut (abt 3-4 sudu makan bumbung) lalu ditekan2 agar ia leper sedikit. Kemudian bubuh pula serunding ikan tadi di tengah-tengah (memanjang). Setelah itu, tangkupkan pulut tu dan gulung daun pisang tadi dgn kemas dan ketat. Akhir sekali sematkan di kedua hujung daun dgn lidi (toothpick). Susun di atas kuali leper dan panggang sebentar. Anda juga boleh memanggang di dalam ketuhar (oven).

LONTONG & KUAH LODEH

Yesterday, I managed to prepare a simple dish of Lontong together with Prawn Sambal. And I'm sure, this recipe is quite common, so I just post the pic w/o the recipe ya!

However, for the benefit of those who have yet to try Lontong with Kuah Lodeh, this is a simple recipe for Kuah Lodeh which I'm sure you'll never go wrong..



KUAH LODEH

Bahan Kisar:
5 sudu makan udang kering (rendam sebentar)
3 sudu makan ikan bilis (rendam sebentar)
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 batang serai
1 cm lengkuas
1/2 cm halia
3 sudu makan cili kering kisar
1 cm kunyit hidup
(Kisar semua bahan di atas hingga halus)

1 batang kecil lobak merah (potong seperti lidi mancis-halus)
1 biji kecil sengkuang (hiris memanjang kasar2 sedikit)
1/2 biji kobis kecil (hiris)
8-10 btg kacang panjang (hiris serong)
4- 5 btg jagung muda (hiris serong)
2 keping tahu (kecil) -dipotong empat diagonally, digoreng.
2 keping tempe (setiap keping potong 2 atau 3)
2 mangkuk besar (abt 1 liter) santan pekat dari 1 biji kelapa - (atau 500 ml santan kotak dicampur dgn 500 ml air)

1 btg serai (dititik)
2-3 helai daun salam
2 senduk minyak atau secukupnya
garam secukupnya
sedikit gula

Cara:
Panaskan minyak dalam periuk. Tumis serai dan bahan-bahan kisar hingga garing. Masukkan daun salam dan sebahagian air/santan dan kacau. Kemudian masukkan sayur-sayuran tadi bersama tempeh, garam & gula. Kacau sekali sekala dan biarkan ia mendidih. Perhatikan agar kuahnya jangan 'pecah santan'. Kalau kuahnya agak pekat, boleh ditambah sedikit air lagi. Setelah itu, masukkan tahu goreng tadi. Sesuaikan rasanya mengikut citarasa anda. Matikan api setelah sayurnya lembut. Hidangkan bersama hirisan lontong, serunding, sambal tumis dan telur rebus.


Saturday, January 13, 2007

KREATIVITI DENGAN MANIK (BEADS)

Heheh, today takde posting bab makanan lagi ekkk. Bukan apa, rehat kejap. Lagipun, esok nak kena O/T. Ish..ish..apa nak buat, dah tugas.


Anyway, just to share with you my other half's hobbies when she has free time. Among all the things that she ever did was cross-stitching, knitting and making tissue boxes, bags, handphone & tissue covers, etc, using beads. She let her nimble fingers do the talking... Some examples are as follows: happy viewing!


Thursday, January 11, 2007

BELEBAT UBI

Satu lagi kuih belebat yg tuhari tak sempat saya buat ialah BELEBAT UBI. Di sini saya sertakan resipinya dan juga foto yg telah saya abadikan dgn kamera setia saya ni. Resipi ini versi sayalah, sbb bila tanya orang 'dolu-dolu', mereka takde sukatan yg khusus- main agak2 jer! So, jika anda nak buat perubahan mengikut citarasa anda, go ahead, silakan.

Btw, ada dua jenis belebat ubi ni yg saya buat, perbezaannya cuma satu resipi menggunakan telur manakala yg satu lagi tidak. Pada pendapat saya, kedua-duanya pun sedap. Jadi, sesaper yg berminat, silalah mencubanya!



^BELEBAT UBI ^

Bahan-bahan:
600 gm ubi kayu parut
120 gm kelapa parut (putih)- boleh bubuh lebih sikit kalau suka.
100 gm gula melaka
220 ml air
100 gm gula pasir
2 sudu besar santan pekat (optional, org dolu-dolu tak gunakan)
½ sudu teh garam (atau secukup rasa)
secukup daun pisang utk membungkus kuih

Cara:
1) Masak gula melaka bersama air hingga gula larut. Tapis dan sejukkan.
2) Ubi diperah kanjinya dan masukkan ke dalam bekas. Masukkan kelapa parut, gula pasir, air gula melaka tadi, santan pekat dan garam. Kacau rata-rata.
3) Ambil sekeping daun pisang yg telah dilayukan dan bubuh kira-kria 2-3 sudu besar adunan. Lipat seperti biasa dan buatlah sehingga selesai semua adunan.
4) Kukus belebat ubi ini selama kira-kira 30 minit.




Untuk yang ini pula, campurkan 1 biji telur pada adunan yg di atas dan kacau rata.

Perbezaannya: