Followers

Saturday, March 29, 2008

EPOK-EPOK SAYUR

Dah lama tak buat epok-epok sayur. Macam teringin pulak nak makan. Bukan takleh beli tapi yg dijual tu kadang-kadang tak menepati citarasa sendiri. Ada tu kelihatan besar & 'kembung'. Ingatkan isinya padat tapi hampa.... banyak angin dari inti sayurnya. Kadang-kadang pula, rasa intinya mcm nak basi dan ada pula sambalnya 'kureng' sket. So, pagi tadi dapatlah luangkan masa utk buat epok-epok sayur utk sarapan. Sesiapa yg nak cuba, silakan. Ini cara yg biasa saya buat.



















EPOK-EPOK SAYUR

Kulitnya
1kg tepung gandum
2 sudu besar (bumbung) minyak sapi
120 ml minyak masak
350 ml air hangat/panas
1½ sudu teh garam (campurkan pada air hangat/panas)

Cara:
Masukkan tepung ke dalam mangkuk besar (besen). Masukkan minyak sapi dan gaul rata. Kemudian masukkan pula minyak masak dan gaul lagi. Akhir sekali masukkan air hangat sedikit sedikit dan terus uli menjadi doh yg lembut tapi jgn lembik. Biarkan doh rehat kira-kira setengah jam. Setelah itu, buatlah bebola-bebola kecil mengikut saiz yg anda suka. Kemudian canai nipis dan isikan dgn inti sayur dan kelimlah dgn rapi dan kemas. Goreng dgn minyak yg mencukupi dgn api yg sederhana panas sehingga kekuningan. Hidangkan dgn sambal cuka.

Inti Sayur
3-4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 btg kecil cili merah
3 sudu besar udang kering (rendam)
(Kesemua bahan di atas di tumbuk/kisar halus)

400 gm taugeh (bersihkan, kalau rajin buang ‘ekor’nya)
1 biji sederhana sengkuang (hiris seperti lidi mancis)
½ batang lobak merah (hiris seperti lidi mancis)
sedikit daun sup/bawang
garam secukup rasa
secukup minyak utk menumis (kira-kira 3 sudu besar)

Cara:
Panaskan minyak dlm kuali lalu tumis bahan kisar hingga garing. Masukkan sengkuang dan lobak merah. Kacau rata dan biarkan sebentar sehingga separuh masak. Kemudian masukkan taugeh dan garam. Kacau sebentar sehingga rata. Jangan terlalu lama agar taugeh tidak terlalu layu. Akhir sekali bubuh daun sup/bawang. Gaul dan matikan api. Sejukkan dahulu sebelum digunakan.

Sambal Cuka10 sudu besar (bumbung) cili kering kisar
4 ulas bawang putih (tumbuk)
2-2½ cawan air
1 sudu teh garam
3 sudu besar cuka
4 sudu besar gula pasir

Cara:Satukan semua bahan dan masaklah di atas api yg sederhana sehingga mendidih. Sesuaikan rasa mengikut citarasa anda. Tambah dan kurangkanlah apa yg perlu. Bagi anda yg tak boleh makan cuka, tukarkan dgn air asam atau sos tomato.

12 comments:

Anonymous said...

Salam Bro Rozzan, epok2 sayur mak kak t nya feveret. Nengok yr epok2 mengiurkan. Thank you for sharing.

BR said...

WS kakT. A'ah, sekali2 makan epok2 sayur ni mmg enak. Sekali makan 3-4 keping pun tak terasa! heheh.. You're welcome kak.

ady said...

Salam Bro Rozan, adunan doh nampak berlainan dgn epok-epok biase.Kenapa campur sedikit minyak sapi yer?Ada rahsia ker?Lagi satu, epok-epok sayur ni sesuai tak kalu di frozenkan?Berapa lama dia boleh tahan yer?Anyway, thanks banyak2 kerana perkongsian ilmu memasak yg hebat2.
Ada resepi nak buat otak2?

MamaFaMi said...

I love epok-epok sayur...

BR said...

WS ady. Takde rahsia, cuma penggunaan minyak sapi menambahkan lagi rasa enak & 'lemak' pada kulit/pastry epok2 tu. Especially kalau pakai jenama QBB. Frankly for epok-epok sayur, saya tk gemar frozenkan sbb bila goreng nanti, inti sayurnya layu- tak fresh. Lebih enak digoreng terus setelah siap dibuat. But kalau anda tk cerewet, bolehlah simpan dlm freezer gak, maybe 1-2 weeks lerr. Abt resipi otak2, I ada postkan 1 resipi otak2 kat earlier posting. Cuba cari, or maybe u gv me ur email. Bila ada nnti saya send to you. ...u're welcome ady

BR said...

Wah mama.. sama gak selera kita ye. I pun minat dgn epok-epok sayur ni!!

ady said...

Salam Bro Rozan, Terima kasih atas respond.Saya dh cari dlm n3 lepas2 tapi x jumpe.Klu boleh emel pd saya resepi otak-otak yer.emel sy:adybrisbane@gmail.com

Terima kasih sekali lagi.

Unknown said...

Thanks for the recipe. Hari ni nak try buat your epok epok sayur sebab terbeli banyak taugeh kat Asian Market. Tak sabar nak berbuka puasa hari ni...nampak gambar sedap gitu:)

Unknown said...

siape tau kat ipoh mana ada jual epok-epok sayur ini

Unknown said...

siape tau kat ipoh mana ada jual epok-epok sayur ini

Unknown said...

Misal tak pake minyak sapi tu ngaruh tak kat quality kulit epok2?

Unknown said...

Misal tak pake minyak sapi tu ngaruh tak kat quality kulit epok2?