Followers

Friday, December 05, 2008

BINGKA PISANG

Been quite bz lately sbb tu takde updates. My apologies. Ada tag dari kawan2 pun yg belum sempat disempurnakan. Anyway, mekasih kpd Zanie & VG. Insya'allah, bila ada kelapangan nanti saya akan update ya. Meantime, mekasih ummi for this award. Harap2 otak ku betul2 kreatif lah yer! Tapi kdg2 buntu jugak nak fikirkan apa nak share dgn kawan2. Kena makan brain-booster kot!



So, pada kesempatan ini, saya nak share resipi bingka pisang yg saya adaptasikan dari resipi bingka beras. Bukan apa, saja nak perabihkan pisang kepok yg tak sempat menjadi "goreng pisang". Drpd terbuang, lebih baik dibuat juadah kot! heheh.. So, resipi yg mudah dan takkan mengecewakan.



Bahan-Bahan

250 gm tepung beras*

220 gm gula pasir* (kurangkan sedikit jika anda penawar)

500 ml santan pekat*

700 ml air*

1 sudu teh garam atau secukup rasa*

400 gm pisang kepok/raja (dipotong kecil-kecil)

1 helai daun pandan (disimpul)



Cara

1. Masukkan semua bahan * kedalam bekas lalu dikacau hingga rata.

2. Kemudian tapis kedalam sebuah periuk dan masukkan daun pandan.

3. Masak/kacau di atas api yg sederhana sehingga adunan pekat dan licin.

4. Masukkan potongan-potongan pisang tadi dan gaul sebentar.

5. Tuang ke dalam loyang yg telah disapu minyak pada dasar dan kelilingnya. Ratakan permukaannya.6. Bakar di dalam oven sehingga masak dgn suhu 180-200 darjah selama kira-kira 50 minit - 1 jam.

1 comment:

Global Excellent Marketing Sdn.Bhd (GEM) www.gemsb.com said...

Forum Perniagaan:

http://gem.socialgo.com/forum.html

Global Excellent Marketing Sdn Bhd(GEM) Golden Swiftlet / Walet Emas – Perunding, Pembangunan & Pengurusan Industri Sarang Burung Layang-layang (walet/walit), Pakar Rekabentuk Rumah Burung Layang-layang (walet/walit). -

http://gem.tl.my

Sertai GEM Community secara percuma. Satu tapak untuk para Usahawan - usahawan berkongsi-kongsi maklumat dan pendapat (Forum, Blog,Direktori, Iklan Percuma DLL) dalam bidang yang ceburi seperti Pertanian, Ternakan, Perikanan DLL.

http://gem.socialgo.com

Direktori Pertanian Malaysia – Himpunan Weblog Pertanian & Penternakan Malaysia –

http://pertanianmalaysia.blogspot.com