Followers

Sunday, September 18, 2011

MEE HOON GORENG PUTIH

Salams.... Mee Hoon Goreng Putih ni dah lama tak menjamahnya atau memasaknya. Tuhari semasa membalas ziarah Hari Raya ke rumah kawan sekolah rendah (iyer...., kawan sedarjah semasa umur 7-12 tahun dulu ), isteri beliau menyediakan mee hoon ni. Heheh, tak sedar betapa lama nya masa dah berlalu....

Wah, kebetulan blum makan malam lagi... balik keje OT terus gi rumah beliau bersama wife. Bila si isteri2 sibuk pot-pet sesama sendiri (macam dah kenal lama gitu, walhal baru 2 kali bertemu!) -  apalagi, saya bedal sampai licin!  ooppss hampir licin! - (kata orang tua2, tak baik gi rumah orang makan sampai licin terus, heheh). Then, pastu a few days later, ada pulak kawan FB pun tanya camna nak masak mee ni.... Takleh jadi, mesti nak masak sendiri jugak sbb tuhari makan kat rumah kawan kena elok2, takleh gelojoh..... Last entry bab Mee ni pun dah lama. Cuba tengok kat sini. So projek masak hari Ahad ni  Mee Hoon Goreng Putih lerr.

Simple dan mudah jer nak masak mee ni. Bak kata orang, orang lerr, bukan saya eh! - main campak2 jer bahan2 tu dalam kuali. Pasti jadi. Namun bagi mereka yg mula nak berjinak2 dlm bidang memasak ni, its quite a daunting task too! So yg dah terror masak tu, cuci mata jerlah yer. Saya dokumentasikan resipi ini sebagai rujukan saya dan mungkin anak2 saya yg saya rasa perlu diberi tunjuk-ajar ilmu kulinari ini demi masadepan kehidupan rumah-tangga mereka kelak. Jom..



 MEE HOON GORENG PUTIH

Bahan-Bahan
1 bungkus mee hoon (dicelur sebentar dgn air panas & toskan)
7-8 ulas bawang putih } ditumbuk halus
6 ulas bawang kecil } dihiris
500 gm daging lembu (dipotong kecil2/nipis dan rebus hingga empuk)
300 gm udang hidup (dibersihkan)
300 gm sotong basah (dibersihkan, potong ikut citarasa)
3-4 keping fish cake (hiris)
secukup sayur sawi (potong kecil)
secukup kobis (hiris)
sedikit taugeh (optional)
1 batang kecil lobak merah (potong seperti lidi mancis)
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu makan sos oyster – optional
1 sudu makan sos abalone – optional
1 sudu makan kicap cair
2 sudu teh lada putih serbuk
secubit perasa atau 1/2 sudu teh gula
garam secukup rasa
minyak secukupnya
bawang goreng (optional)
telur dadar utk hiasan (optional)
lada jeruk

Cara:
Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang kecil hingga separuh masak lalu masukkan bawang putih tumbuk. kacau2 sehingga bawang kekuningan sket.
Kemudian masukkan, udang, sotong dan fishcake. Kacau sebentar lalu masukkan daging, lobak merah, kobis dan batang sayur sawi.Bubuh sedikit air rebusan daging jika perlu.
Kacau lagi hingga sayur layu sedikit. Masukkan sos oyster, sos abalone, minyak bijan, kicap cair, garam, gula dan kacau rata.
Seterusnya, masukkan lada putih serbuk, daun sayur sawi dan mee hoon yg siap dicelur. Gaul sehingga rata. Sesuaikan rasanya mengikut citarasa anda. Toko tambahlah apa yg perlu.
Hidangkan mee ini dgn sedikit taburan bawang goreng, lada jeruk dan hirisan telur dadar.
   
Nota:
Apa2 yg optional tu, kalau xde atau tknak pakai pun ok. Tak menjejas rasa mee tersebut.
Kalau nak tambah apa2 pun, go ahead, especially sayur-mayurnya.


16 comments:

Queenie said...

mak oiiiii bro, byknya haiwan ternakan dlm meehon tu, gerenti mengancam punyalah...akak kalau masak mi ni, mesti nak terasa lada hitamnya....mmg syioklah. simple tp puas...cukup serba serbi kan. thanks for sharing ya...

BR said...

BR > Queenie

Hihihi..... Byk haiwan ternakan sbb sumer nk enterframe, oopps nk masuk kuali dek jumpa byk kawan2 yg sewaktu dgnnya. Mmg mudah tp cukup memuaskan :))

ady said...

as-salam bro rozzan
tengok je dah berselera mee hoon goreng putih tu...sungguh menyelerakan..
.udang tu nmpak sangat menggoda..hahaha..

Mokcik Rose, Kuantan said...

Mi ini sodap gak kalu dimakan dengan sambal kicap ala-ala sambal kicap cicah tempe tu...

Oh Oeya said...

Syawal ke 11 lalu tempah mee ni utk sekumpulan kawan2 datang beraya heheh..
Kita memang suka mee hoon putih ;)
Mengundang selera laa mee hoon ni..

Hani in Canada said...

Uiikksss Abg Rozzan ... Hani baru masak mee hoon goreng putih ni 2 hari lepas + kek lapis watermelon cheese, dua-dua resipi ciluk dari dapur Abg Rozzan. Memang sedapppp .... (masuk bakul, angkat sendiri ... hehehehe)

BR said...

Ady,
WS Wr Wb. Huhuhu, udang tu kalau ditogelkan lagi pantas dingapp.....

BR said...

Mokcik Rose,
Betul tu. Makan dgn apapun sambal/cili pasti enak !!!

BR said...

Oh Oeya,
Mee ni mmg evergreen laa. Tak jelak memakan nya.... seronok!

BR said...

Hani,

Masih di Spore lagi kot? Bila nak kembali ke Canada? Btw, mekasih sudi mencuba resipi2 abg. Harap2 sumernya berbaloi yer... :)

Cute Oven said...

sedapnye...sedapnye...sedapnye...

kalau tak pakai lada hitam boleh tak....

Shasha Mohamed said...

Thanks for sharing.

Sedapnye.... ;)

Raihan Shaari said...

Salam Bro Rozzan.. hari ni saya masak mihun goreng Putih..sebab terliur tengok mihun bro yang meriah ni...tq bagi idea menu untuk keluarga..

BR said...

BR > cuteoven
Thanks. Boleh...

BR said...

BR > ShashaCatering
Thank You. You're most welcome.

BR said...

BR > Raihan Shaari

You're most welcome sis. :)